Beliau adalah al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad bin
'Abdurrahman bin 'Ali bin 'Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin 'Umar bin Thoha
as-Saqqaf. Dilahirkan di kota Sei`un atau Seiwun, Hadramaut pada bulan
Jumadilakhir 1331H/1911M. Ayahanda beliau adalah seorang ulama 'arifbillah. Dan
begitu juga dengan Ibunda beliau, asy-Syarifah 'Alawiyyah binti al-Habib Ahmad
bin Muhammad al-Jufri, seorang wanita sholehah yang suka pada kebajikan. Beliau
dibesarkan di keluarga Nabawiy yaitu ayahanda dan ibunda yang sholeh sehingga
sejak kecil beliau telah dihiasi dengan hidayah dan ketakwaan. Ayahanda beliau,
al-Habib Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf adalah merupakan seorang ulama
terkemuka di Hadhramaut yang merupakan murid kepada al-'Arifbillah al-Habib Ali
bin Muhammad al-Habsyi, penyusun Simthud Durar. Dan guru beliau, al-Habib 'Ali
bin Muhammad al-Habsyi pernah berkata: " Al-Habib Ahmad bin 'Abdurrahman
adalah Imam Wadi al-Ahqaf (Hadhramaut)." Ketika ibunda
beliau sedang
mengandung dan melahirkan bayi laki-laki, bayi tersebut telah diberi nama
'Abdul Qadir atas isyarat daripada al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, namun
tidak lama kemudiannya bayi tersebut meninggal dunia. Tatkala Syarifah
'Alawiyyah mengandung lagi dan melahirkan seorang bayi laki-laki, al-Habib 'Ali
bin Muhammad al-Habsyi juga mengisyaratkan agar bayi tersebut diberi nama Abdul
Qadir. Dan al-Habib 'Ali bin Muhammad al-Habsyi mengatakan bahwa bayi ini kelak
akan menjadi orang yang mulia yang mengabdikan hidupnya untuk taat kepada Allah
dan menjadi seorang yang dihiasi dengan ilmu, amal dan ihsan. Ayahanda beliau
wafat setelah menunaikan sholat 'asar, petang hari Sabtu, 4 Muharram 1357 H.
Dan Ibunda beliau wafat pada 23Rajab 1378 H yaitu bersamaan dengan hari
kewafatannya al-Habib Salim bin Hafidz bin 'Abdullah, yaitu datuknya Guru Mulia
al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Selain daripada belajar dengan
ayahandanya beliau juga belajar dari guru-guru lain, diantaranya: Syeikh Taha
bin Abdullah Bahamid. Syeikh Hasan bin 'Abdullah Baraja, ketika di Madrasah
an-Nahdhatul 'Ilmiyyah. Dari guru beliau ini, beliau menghafal al-Qur'an serta
menguasai Qira 'ah as-Sab'ah. Al-Habib Umar bin Hamid bin Umar As-Saqqaf.
Al-Habib 'Umar bin 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf. Al-Habib 'Abdullah bin
Aidarus al-Aidarus. Al-Habib 'Abdullah bin 'Alwi al-Habsyi. Al-Habib Hussain
bin 'Abdullah bin 'Alwi al-Habsyi. Al-Habib 'Abdul Baari bin Syeikh
al-Aidarus.Al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf. Al-Habib 'Abdullah bin Umar
bin Hamid as-Saqqaf. Al-Habib Hasan bin Ismail bin as-Syeikh Abi Bakar bin
Salim. Al-Habib Hamid bin 'Alwi al-Bar dan masih banyak lagi. Dan Murid-murid
beliau diantaranya: as-Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki. Al-Habib Zein bin
Ibrahim bin Sumaith. Al-Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri.
Al-Habib Abu Bakar al-Adni bin 'Ali al-Masyhur. Al-Habib Umar bin Muhammad bin
Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim. Al-Habib 'Ali bin 'Abdurrahman
al-Jufri. Al-Habib Muhammad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Diantara Teman-teman
beliau yang telah pergi mendahului beliau, Adalah, Al-Habib Ahmad Masyhur bin
Thoha al-Haddad. Al-Habib 'Abdurrahman bin Ahmad al-Kaf. Al-Habib Abu Bakar
Atthas bin Abdullah al-Habsyi. Syeikh Umar Khatib. Habib Abdul Qadir adalah
seorang ulama dan dai yang menjalankan dakwahnya dengan penuh kebijaksanaan.
Akhlaknya yang tinggi mampu menawan hati sesiapa saja, ilmu, wara' dan
akhlaknya menyebabkan beliau dikasihi dan dihormati. Kabarnya Buya Hamka pernah
ziarah kepada beliau sewaktu di Jeddah, dan setelah berbincang dengan beliau,
akhirnya Buya Hamka mengakui bahwa keturunan Rosululloh masih ada dan
berkesinambungan dalam darah para saadah Bani 'Alawiy. Beliau telah lama uzur.
Dan sebelum Fajar hari Ahad, 19 Rabi 'al-Akhir 1431 H bersamaan 4 April 2010,
beliau kembali ke Rahmatullah di Jeddah. Beliau menutup umur pada usia
100tahun. Dan Dishalatkan di Masjidil Haram Makkah selepas shalat Isya, Ahad 4
April 2010. Selamat Jalan Imam dan Khalifah para habaib di dunia.. Khalifah
para habaib terus silih berganti dari generasi ke generasi mengemban beban
luhur.. Sumber arroudhoh wordpress.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar