Sayyid Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani merupakan salah
seorang ulama Makkah
terunggul di abad yang lalu. Dia telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil
Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia
telah mengambil faedah daripada dia melalui kuliah dia di Masjidil Haram, dan
ramai di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara
masing-masing.
Riwayat
Hidup dan Keluarga
Sayyid Alwi
Almaliki selalu menggunakan pakaian yang berlainan dengan ulama yang berada di
sekitarnya. Dia selalu mengenakan jubbah, serban (imamah) dan burdah atau rida
yang biasa digunakan dan dikenakan Asyraf Makkah. Raja Faisal tidak akan
membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat
daripada Sayyid Alawi. Dilahirkan di rumah al-Maliki berhampiran Bab as-Salam
pada tahun 1328H.
Kelahiran dan Masa Kecil
Dia dilahirkan di Makkah pada tahun 1328H, menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun dan menjadi imam sholat tarawikh di Masjidilharam.Nasab
Dia adalah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abbas bin Muhammad al-Maliki al-Idrisi al-Hasani. Dia adalah keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah SAW.Wafat
Dia wafat pada tanggal 25 Shafar 1391H atau pada tahun 1971M dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian dia, Stasiun Radio Saudi hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan melainkan hanya untuk dia.Pendidikan Dia
Pendidikan Madrasah
Belajar di Madrasah al-Falah dan tamat pada tahun 1346H. Kemudian menjadi tenaga pengajar di madrasah tersebut. Mengajar di halaqahnya di Masjidil haram berdekatan dengan Bab as-Salam selama 40 tahun. Juga dilantik menjadi jurunikah di Mekah.Sanad Keilmuan
Ayahndanya sendiri Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul Aziz al-Maliki; al-Muhaddits al-Haramain Syaikh Umar Hamdan al-Mahrisi; Syaikh Habibullah asy-Syanqiti; Syaikh Muhammad ‘Ali bin Hussin al-Maliki; Syaikh Jamal al-Maliki; Syaikh al-Qurra’ Syaikh at-Tiji; Syaikh ‘Abdullah Hamaduh; Syaikh Hasaan as-Said as-Sanuri; Syaikh amin Suwid ad-Dimasyqi; Syaikh Mahmud al’Attor ad-Dimasyqi; Syaikh Isa Rawwas; Syaikh Salim Syafie; Syaikh Ahmad Nadhirin; Syaikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani; Syaikh Yahya Aman; Syaikh Muhammad Khidir asy-Syanqiti; Syaikh Muhammad al-Mujtaba asy-Syanqiti; Syaikh Umar BaJunaid; Syaikh ‘Abdul Sattar ad-DehlawiSelain itu dia juga meriwayatkan ilmu, ijazah dan sanad daripada ulama keluarga Ba’Alawi (ahlul bait yang bernasabkan kepada ‘Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa al-Muhajir bin Muhammad bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shodiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah SAW, antaranya: Habib ‘Aydrus bin Salim al-Bar; Habib Abu Bakar al-Bar; Habib Abdur Rahman bin Ubaidullah as-Seggaf ; Habib Alwi bin Thohir al-Haddad; Habib Musthofa al-Muhdhor; Habib Muhammad bin Hadi as-Seggaf; Habib Umar bin Sumaith; Habib Salim bin Hafidz; Habib Ali bin ‘Ali al-Habsyi; Habib Alwi bin Muhammad al-Haddad; Habib Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi dan Habib Abu Bakar as-Seggaf.
Dia juga meriwayatkan ilmu, sanad dan ijazah daripada para ulama terkenal di zamannya, seperti:
al-Imam al-Muhaddits Muhammad ‘Abdul Hayy al-Kittani; asy-Syarif ‘Abdul Hafiz al-Fasi; Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari; Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani; Syaikh Muhammad Bakhit al-Muti’i; Syaikh Salamah al-‘Azzami; asy-Syarif Ahmad bin Ma’mun al-Balghiti; Syaikh al-Muhaddits Muhammad Ilyas al-Kandahlawi; Syaikh al-Muarrikh al-Yamani Muhammad Zabarah, pengarang Nail al-Wator; al-Imam al-Muhaddits al-Musnid Muhammad ‘Abdul Baqi al-Ayyubi al-Madani; Syaikh Abu al-Khair al-Maidani ad-Dimasyqi; Syaikh al-Mursyid Muhammad Abu al-Nasr Khalaf al-Hims dan al-Imam al-Mursyid asy-Syarif Ahmad as-Sanusi al-Mujahid.
Penerus Dia
Murid
Banyak sekali murid dia termasuk juga murid-murid di nusantara, beberapa tokoh besar murid dia antara lain: Hadratus Syaikh KH Hasyim Asy’ari KH Abdullah Faqih, Langitan, Tuban KH Maimun ZubairKeturunan Sayyid Alawi Al Maliki
Selepas kewafatan Sayyid Alawi, putranya Sayyid Muhammad telah menggantikan tempat dia dalam meneruskan usaha dakwah & warisan ulama, di mana akhirnya anaknya ini menjadi ulama terkenal dan dikasihi murid-muridnya serta umat di pelosok dunia. Begitu Putranya Sayyid Abbas Al Maliki yang juga seorang Ulama’, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan membaca diwan yang paling utama di Arab Saudi.Kitab Karangan Sayyid Alawi Al Maliki
Kitab karangan:al-‘Iqd al-Munazzam fi Aqsam al-Wahyi al-Mu’azzam; al-Manhal al-Lathir fi ahkam al-Ahadits ad-Dhoif; al-Ibanah al-Ahkam al-Kahanah; Risalah fi Ibtol Nisbah al-Qaul bi Waihdah al-Wujud li ‘Aimmah at-Tasawwuf; Risalah fi al-Ilham; Ibanatul Ahkam Syarh Bulughul Maram; Risalah al-Ahkam at-Taswir; al-Mawaiz ad-Diniyyah [himpunan ceramah dia diradoi Saudi pada setiap pagi Jum’at]; Nailul Maram Ta’liq ‘ala ‘Umdah al-Ahkam; Fath al-Qarib al-Mujib ‘ala Tahzib al-Targhrib wat Tarhib, Diwan Syairnya.
Putra beliau adalah Sayyid Muhmmad bin ‘Alawi telah mengumpulkan sanad-sanad dia dalam kitab al-‘Uqud al-Lu’luiyyah bi Asanid al-‘Alawiyyah; dan fatwa-fatwa dia di dalam kitab Majmu al-Fatawa wa al-Rasail.
Dakwah Radio
Disamping aktif dalam berdawah baik di Masjidil Haram atau di kota kota lainnya yang berdekatan dengan kota Makkah seperti Thoif, Jeddah dll, Sayyid Alawi Almaliki adalah seorang alim ulama yang pertama kali memberikan ceramah di radio Saudi setelah salat Jumat dengan judul “Hadist al-Jumah”Qadhi
Sayyid Alawi Juga menjadi seorang Qadhi yang selalu di panggil masyarakat Makkah jika ada perayaan pernikahan. Selama menjalankan tugas da’wah, Sayyid Alwi bin Abbas Almaiki selalu membawa kedua putranya Muhammad dan Abbas. Mereka berdua selalu mendampinginya kemana saja ia pergi dan berceramah baik di Makkah atau di luar kota Makkah.Kisah Teladan
Pujian ulama kepadanya: Kata Imam al-Akbar Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syaikhul al-Azhar: “……Sesungguhnya Allah telah menyinari wajahnya di atas kesungguhannya yang kuat terhadap sunnah Rasulullah SAW dalam memikul, memberi kefahaman, pengajaran, pentarbiyahan dan sebagainya jalan menuju Allah….”Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz juga pernah memuji Sayyid ‘Alawi sebagaimana diceritakan oleh Syaikh Ahmad al-Haribi (Pemantau Majlis Pengajian di Masjidil Haram): “…. Pada suatu hari Syaikh ‘Bdul Aziz bin Baz berhenti di dalam majlis pengajian Sayyid ‘Alawi al-Maliki dan mendengar pengajaran Sayiid ‘alawi beberapa ketika. Apabila dia berpaling, Syaikh Ahmad al-Haribi bertanya pendapat Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Bin Baz tentang pengajaran Sayyid ‘Alawi al-Maliki dan dia berkata: MasyaAllah! MasyaAllah. (menunjukkan ta’jub terhadap ilmu Sayyid ‘Alawi dan pengi’tirafan keatas ketinggian ilmunya)
Syaikh Muhmmad Said al-Yamani pernah berkata kepada ayahnya Sayyid ‘Abbas al-Maliki: "Sesungguhnya anakmu ‘Alawi akan menjadi perhiasan Masjidilharam." Syaikh Umar Khayyath berkata: Ketika kami berada di dewan rumah Syaikh ‘Ali ibn Hussin al-Maliki di dalam satu majlis, Sayyid ‘Alawi datang, lalau Sayyid ‘Ali al-Maliki berkata: Sesungguhnya anaku ini, ‘Alawi, merupakan orang yang mendapat anugerah dan ilham, di dalam percakapannya penuh dengan keindahan dan keelokkan, dia juga merupakan orang yang dikasihi ramai, semua orang suka mendengar pengajarannya dan aku adalah orang yang pertama suka mendengar kalamnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar